Monday, October 05, 2009

THOSE DAYS

Banyak pulak budget production aku siap buat poskad untuk diedar percuma kepada pengunjung booth M3. Ni semua utk kempen Jom Heboh. Ader la benda nak bagi pengunjung, xdelah bosan sangat booth M3 nanti.


Sampai je aku kat booth M3, terpampang gambar aku yang tersengih ni kat backdrop. Waa!! Mcm superstar plak ! Haha.. Sejak bila pulak karier wartawan TV ni bertukar jadi sepopular pelakon atau penyanyi ni? Macam²... xpelah...yang penting rating program tak jatuh & aku pun boleh terus berkarya.

Sayang giler aku kat program ni, lebih 3 tahun gak aku dlm M3, dari freshie sampai dah gheti la kiranya. Dari story di ceruk hulu Sabah, sampai overseas (Thailand, Singapore, Indonesia, Hong Kong, Nepal & India je...) sempat aku merasa. Sebenarnya impian aku lebih dari semua ni, aku pun rasa satu hari aku akan blah, cukup lah pengalaman di M3 & TV3 sebagai satu pengalaman manis dalam karier & hidup aku. Bagus jugak, sebab aku dah boleh multitask sekarang, oleh kerana department aku asyik nak cut cost, aku sekarang dah boleh shoot sendiri, buat dokumentari skrip, offline & post production editing sendiri... Bolehlah aku gunakan ilmu ni diluar nanti. Banyak lagi benda lain yg boleh di 'explore' di luar sana. Masa muda ni apalah salahnya mencuba kan?


My Piece to Camera Collection


video


Aper tu 'piece to camera' atau 'standupper'?

A piece to camera is when the presenter of a television show or a character in a film or programme speaks directly to the viewing audience through the camera. Depending on the genre of the show, this may or may not be considered as a breach of the fourth wall.

Tak faham? kalau tak faham buka kamus! :p

Being interviewed on my special report of Ayodhya, India.
video

The 1 hour special programme was aired on 12 Okt 2005 in Majalah 3.

Behind the scene: I didnt sleep for 2 days struggling to catch the dateline! Haha... Thats why my voice sounded sleepy that morning. Yang paling bestnya, aku tak mandi lagi masa interview ni! haha... dok sibuk buat video editing, sedar² dah pukul 6 pagi. kelam kabut siap sebab jap lagi nak masuk studio MHI. Nasib baik studio MHI dengan bilik editing suite sebelah menyebelah je, so nampaklah krew² MHI dah sampai...